135lc icon proton persona bloggoogle chromejoomlabusiness information technology sdn bhdpolis diraja malaysia
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • leftlayout
  • rightlayout

Berbuka Puasa Di Restoran Cheng Ho

E-mail Print PDF
0.0/5 (0 vote)
restoran cheng ho

Semalam saya, isteri dan kakak ipar pergi berbuka puasa di Restoran Cheng Ho, milik penyanyi Rock Malaysia terkenal, Amy Search. Sebenarnya saja nak test macam mana rasanya hidangan yang ada kat sana. Apa yang dapat dikatakan ianya berbaloi dengan wang yang dibelanjakan untuk makan di Restoran Cheng Ho tersebut. Kenapa berbaloi? First sebab makanannya memang sedap, dan betullah apa yang dikatakan dalam blog-blog lain. Second, sebab harga buffet dalam kategori murah terutama kalo difikirkan lokasinya yang agak eksklusif skit. 

Bercerita tentang berbuka puasa semalam, selain dari buffet untuk 3 orang (RM28.90 X 3 = RM86.70), saya juga telah memesan ala-carte, iaitu Ketam masak Cheng Ho (RM25.90 - 500gram - makan untuk 4 orang), Air HoneyDew - RM3.50, Fresh Orange - RM3.50 X 2 = RM7. Walaupun agak mahal bagi hidangan ala-carte, tapi saya rasa berpadanan dengan rasa masakan. Amy kena jaga tukang masaknya elok-elok pasni.

Kelemahan restoran ni pulak yang saya nampak cuma hidangan yang ada saya rasa terlalu sedikit pilihan. Lauk-lauk untuk buffet jugak pun sikit je.  Mungkin kalau Amy terbaca website ni, bleh tambahkan lagi hidangan yang lain pula. Overall, dari 5 bintang, saya bagi 4 bintang. Huhuhu.. dah macam pengulas filem pulak ;) Apa-apa pun, very nice restaurant to visit. Welcome back to Cheng Ho Restaurant. 

Last Updated ( Friday, 12 September 2008 23:36 )  

AMIRUDIN.COM - Walk To Remember

↑ Grab this Headline Animator

Follow Me

hattchummm.. selsema.. huh..
baru balik dari cherating. nasib tak kena present. becuti tolong kwn2 jer :)
aduih.. demam lagi harini. bangun pagi pun sakit kepala jugak.

Advertisement

Nuffnang Ads

Download Section

N95 (1)