A new way to advertise your product. Snap it in Jalan Sultan Ismail - 2/1/2009 @ 18:19. Maybe this advertise was practise a long time ago for some country, but quite attractive and new for me :) Anyhow, they got my attention. Congratz..
Last Updated ( Monday, 05 January 2009 07:53 )
How We Can Help Palestinian People?
Monday, 05 January 2009 02:30
administrator
Pagi ni, terima 1 email dari seorang kawan tentang masyarakat Palestin. Agak terkedu sedikit, sebab rasanya lemah sangat kita sekarang ini kerana tak mampu membantu orang Palestin membebaskan negara dan masyarakat mereka dari satu-satunya penjajahan di dekad ini. Mungkin boleh diambil iktibar oleh kita semua untuk menilai siapa kita dan apa matlamat kita sebenarnya dimuka bumi ini. Wallahualam..
Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, "Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu," Duhai sahabatku, Mereka di sana mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan. Subhanallah
FOWARD msg
Last Updated ( Monday, 05 January 2009 03:12 )
Welcome 2009
Wednesday, 31 December 2008 12:47
administrator
Welcome to the new year 2009. I wish this new year will not be the ordinary year. I have to wake up again and work harder to improve myself. 2008 is quite dissapointed year for me. But a lot of things happened this year. I'm still in the process of transformation to be a better person, a better life and a better future. A lot of memory and new experience that I felt. It just like a walk of learning process. Get the negative or positive input, yet have responsibility to change, to workout something, and to take an action. Although some of the action wasn't good and hard to take, but I have to do it.
2008 is a transformation of myself, from alone, to be a family leader. Running to stabilized my family emotion, to guidance them and to take any opportunity to improve myself. The day count was like so fast, yet I thank to Allah for giving me a good life and get what I want. I pray, this 2009 give me strong faith to change and improve myself. Get back my energy that I lost before. May all good things happened this year. Ameen.
Last Updated ( Monday, 05 January 2009 03:29 )
Pagi!! Pagi!! ESQ Training
Wednesday, 19 November 2008 01:01
administrator
Assalamualaikum..
Pagi!! Pagi!! Masih terngiang-ngiang lagi pengalaman 3 hari mengikuti kursus ESQ Leadership Training di Hotel Summit pada 14,15 dan 16hb November yang lepas. Suatu pengalaman yang menarik untuk disertai oleh semua orang tidak kira latarbelakang budaya, bangsa dan agama. Ia adalah satu pengalaman berharga bagi kita untuk mengenali diri dan tujuan utama kita dilahirkan di muka bumi. Terlalu banyak yang kita alpa dan leka. Terlalu banyak yang kita kejar sehingga di akhirnya kita menyedari bahawa apa yang kita cari selama ini, WANG, HARTA, PANGKAT, ANAK, WANITA-WANITA, dan semuanya yang ada dimuka bumi ini tidak berkesudahan.
Saya tidak menyatakan yang saya mampu berubah atau sudah berubah kerana saya takut dengan apa yang saya akan jadi selepas ini. Bimbang bercerita terlalu banyak tapi masih ditakuk yang sama. Pada mulanya saya tidak menyangka kursus ESQ 165 ini mempunyai sebarang kaitan dengan kursus-kursus yang saya hadiri sebelum ini. Namun jangkaan saya sama sekali meleset. Ternyata, walau dalam apa kursus sekalipun, mereka akan terus berpegang kepada nilai-nilai murni yang ada pada ALLAH, Asma-ul Husna. Hanya kita yang tidak menyedari tentang apa yang kita lihat kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tapi hati yang terlalu buta untuk melihat seluruh kekuasaan ALLAH di hadapan kita.
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari Demi bulan apabila ia mengiringi Demi siang hari bila menampakkan dirinya Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya Demi bumi serta yang ada di hamparannya Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan Beruntung bagi yang mensucikan-Nya Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
Surah Asy-Syams:91 - Al-Quran
Semoga kita tidak alpa dan sentiasa mengingati akan tujuan asal kita dilahirkan dimuka bumi ini. Andai ada salah dan silap, betulkan kembali hambamu ini
Suatu pengalaman yang indah ketika berada dikursus ESQ 165 Leadership Training. Sekiranya ada kelapangan, jemputlah sama-sama untuk menyertainya. Untuk maklumat lanjut, lawati : http://www.esq.com.my Semoga kebangkitan 700 tahun kedua bermula ketika ini dan dibumi nusantara ini. Amin..
Last Updated ( Wednesday, 19 November 2008 01:33 )
Kucing Kalimah Allah
Monday, 03 November 2008 02:19
administrator
Allahuakbar, Allahhuakbar, Allah Maha Besar..
Semalam, 2 November 2008, aku dapat mesej dari kakak aku di Subang Jaya. "Nak ke kucing bunting kat umah ni". Aku tak balas, sebab tak tau dapat bela lagi seekor ke tak. Rumah apartment je. Rasanya tak berapa sesuai untuk pembesaran anak-anak kucing dan ibu kucing. Kemudian dapat satu lagi mesej, "Amik la. Nasib baik. Ada tulis uu". Amende pulak uu tu? Huhuh.. Argh.. tu salah taip tu kot. Takde suspek apa-apa pun. Dalam pukul 10 lebih sampai dirumah kakak. Kemudian baru la dia ceritakan perkara sebenar.
Dia kata kucing ni tengah bunting anak sulung. Kucing ni baru jugak la datang ke rumah tu. Melepak kat belakang rumah kakak. Kakak aku ni jenis sayangkan kucing, dia pun bagi makan kat kucing ni kat luar rumah. Memang banyak lagi la kucing-kucing yang dia bagi makan kat rumah tu, tanpa diketahui sapa pemilik sebenar kucing ni. Dia pun bagitau yang kucing ni lain dari kucing lain, sebabnya kucing ni jer yang berani masuk ke dalam rumah. Ada satu hari tu dia terbaring kat dalam rumah, kakak aku tiba-tiba perasan ada kalimah Allah dibadan kucing ni. Tapi hanya nampak kalimah ni bila kucing ni berbaring di sebelah kiri, dan kalimah tu disebelah kanan.
Sebelum ni hanya nampak dalam gambar, tapi semalam nampak real, dan bersyukur dapat tengok kekuasaan Allah dihadapan mata. Semoga kita tidak alpa dan lupa akan kekuasaan Allah didunia ini. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi situasi genting sekarang dan semoga apa yang ada dihadapan mata ini menjadi peringatan andainya aku terlupa.