
Pagi ni, terima 1 email dari seorang kawan tentang masyarakat Palestin. Agak terkedu sedikit, sebab rasanya lemah sangat kita sekarang ini kerana tak mampu membantu orang Palestin membebaskan negara dan masyarakat mereka dari satu-satunya penjajahan di dekad ini. Mungkin boleh diambil iktibar oleh kita semua untuk menilai siapa kita dan apa matlamat kita sebenarnya dimuka bumi ini. Wallahualam..
Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, "Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu," Duhai sahabatku, Mereka di sana mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan. Subhanallah
FOWARD msg