Assalamualaikum..
Pagi!! Pagi!! Masih terngiang-ngiang lagi pengalaman 3 hari mengikuti kursus ESQ Leadership Training di Hotel Summit pada 14,15 dan 16hb November yang lepas. Suatu pengalaman yang menarik untuk disertai oleh semua orang tidak kira latarbelakang budaya, bangsa dan agama. Ia adalah satu pengalaman berharga bagi kita untuk mengenali diri dan tujuan utama kita dilahirkan di muka bumi. Terlalu banyak yang kita alpa dan leka. Terlalu banyak yang kita kejar sehingga di akhirnya kita menyedari bahawa apa yang kita cari selama ini, WANG, HARTA, PANGKAT, ANAK, WANITA-WANITA, dan semuanya yang ada dimuka bumi ini tidak berkesudahan.
Saya tidak menyatakan yang saya mampu berubah atau sudah berubah kerana saya takut dengan apa yang saya akan jadi selepas ini. Bimbang bercerita terlalu banyak tapi masih ditakuk yang sama. Pada mulanya saya tidak menyangka kursus ESQ 165 ini mempunyai sebarang kaitan dengan kursus-kursus yang saya hadiri sebelum ini. Namun jangkaan saya sama sekali meleset. Ternyata, walau dalam apa kursus sekalipun, mereka akan terus berpegang kepada nilai-nilai murni yang ada pada ALLAH, Asma-ul Husna. Hanya kita yang tidak menyedari tentang apa yang kita lihat kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tapi hati yang terlalu buta untuk melihat seluruh kekuasaan ALLAH di hadapan kita.
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
Semoga kita tidak alpa dan sentiasa mengingati akan tujuan asal kita dilahirkan dimuka bumi ini. Andai ada salah dan silap, betulkan kembali hambamu ini
Suatu pengalaman yang indah ketika berada dikursus ESQ 165 Leadership Training. Sekiranya ada kelapangan, jemputlah sama-sama untuk menyertainya. Untuk maklumat lanjut, lawati : http://www.esq.com.my
Semoga kebangkitan 700 tahun kedua bermula ketika ini dan dibumi nusantara ini. Amin..















